Kuala Lumpur - Kisah ini terjadi di rumah nenekku masa itu aku umur 12 tahun darjah 6. Kebetulan cuti sekolah jadi sepupu-sepupu pun balik kampung bersama keluarga mereka masing-masing.aku masih lagi tinggal dengan nenekku. Keluarga ku menetap di Kuala Lumpur aku pula tinggal di Sabah. Ini adalah pengalaman benar ku dan Aku akan jadikan sebuah cerita untuk kamu semua nya.
Masa tu Makcik aku yang bongsu dirasuk hantu di sebuah pohon di belakang kebun.sebelum kejadian. Nenek ada menyuruh maksu ngan makngah pe cari sayur di kebun. Maksu menyangka makngah telah pergi dulu meninggalkannya walhal makngah tengah bersiap dalam bilik. Maksu pergi sorang-sorang masa tu da hampir senja.pulang di rumah maksu diam dan langsung pergi ke biliknya. Nenek yang sedar perubahan sikap maksu tu menyuruh makngah bagitau datuk dan pakcik-pakcik ku berjaga.jelas dimata maksu agak merah galak serta raub wajah seakan pucat. Nenek aku ni orangnya pandai mengubat juga dikenali sebagai bidan kampung serta pengamal perubatan tradisional. Jadi tidak hairan lah jika nenek aku ni banyak pengalaman serta kisah-kisah 'menarik' sepanjang dia ' berkerier' dalam bidang berkenaan. Mak su meracau-racau tidak keruan sewaktu di ubati oleh nenek juga dibantu datuk serta 2 orang lagi pakcik ku.
Aku melihat mak su ketawa mengilai-gilai seperti bukan dirinya nenek dengan tangkas membaca berapa ayat suci seraya berkata, "Hai,mahluk terkutuk! Keluar lah dikau dari tubuh anak ku jika tidak mahu dibinasakan!" Mak su yang sedari tadi ketawa mengilai-gilai merenung tajam ke arah nenek. Maksu meronta2 dengan kuat Pakci-Pakcik ku yg masa tu memegang tangan maksu terlepas dan lantas maksu cuba lari namun sempat ditahan oleh datuk.makngah yang ada sekali menutup pintu bilik untuk mengelakkan maksu yang kerasukkan terlepas lari. Aku yang menyaksikan dari luar bilik merasa takut mengajak sepup-sepupu2 ku yang lain yang turut melihat kesurupan itu untuk beredar pergi ke ruang tamu.adalah dalam sejam lebih kami duduk di ruang tamu tu.bermacam benda yang kami dapat dengar semua benda itu jatuh ke lantai.
Seusai merawat mak su yang tersampuk nenek keluar pergi ke ruang tamu. Nenek ckp maksu da pulih cuma dia dalam keadaan letih. Datuk dan makngah juga.nenek cakap maksu tersampuk masa pergi cari sayur di belakang kebun dia ada jua ambil buah mangga luruh di bawah pokok dimana di atasnya tempat seekor puntianak bertenggek. Nenek cakap, puntianak tu suka dengan maksu..tu yang dia ikut maksu balik rumah.aku tanya dengan nenek macam mana nenek halau puntianak tu. Nenek cakap dengan membaca berapa ayat suci Al-Quran serta picit di ibu jari kaki.dan kalau nak senang..ancam dengan menyebut namanya. kami yang musykil Tanya balik.nek, macam mana pula puntianak ni ada nama ?
Nenek senyum dan cakap kalau dulu dia pernah diberitahu ada kejadian masa dulu dia dengar dari mulut ke mulut di kampungnya masa tu nenek muda lagi sebelum berkhwin bersama datuk. iaitu 2 beradik hilang di pulau penunggu.(nantilah saya ceritakan kisah ni.) Nenek dapat tahu nama puntianak daripada kisah ini. nenek cakap setiap benda mesti ada namanya..seperti mana puntianak itu jelmaan daripada iblis syaitan.syaitan itu ada nama-namanya begitu juga jelmaannya sebagai puntianak.nenek cakap,masa picit ibu jari kaki maksu suara maksu berubah-ubah seperti nada haiwan diselang seli ketawa mengilai dan menangis.
sungguh mengerikan sesiapa yang mendengar! Ini benar sebab dari tadi kami duduk sebelum nenek tiba kami memang terdengar bunyi menyeramkan.kami memang sedia maklum itu memang datang dari bilik maksu namun suara maksu jauh berbeza. . Meremangkan bulu roma kala itu. Nenek lanjut lagi, puntianak tu berkeras enggan keluar dari tubuh maksu..Ia berbicara mahu mengunakan tubuh maksu untuk mendapatkan darah dan daging kambing. Jika tidak ia akan mengganggu lagi. Lalu nenek membantah bahawa perbuatan itu syirik tidak sekali akan akan melakukan hajat sedemikian. Maka nenek menggunakan ayat-ayat suci yang ampuh serta menyebut namanya..
"AKU TAHU NAMA MU SIAPA DAN ASAL USUL MU DIMANA..DENGAN NAMA ALLAH MAHA KUASA SERTA IZINAN-NYA TERBAKAR LAH ENGKAU DI DALAM KHALIMAH-KHALIMAH SUCI NI.'CINDAI'..!!"
Baru berapa potong ayat suci dibacakan tubuh maksu terketar-ketar dan menutup telinga. Bilang nenek lagi sejurus nama tu disebut atap zink rumah seperti ada 'benda' jatuh! dan kedengaran juga cakaran di tepi dinding bilik maksu. Nenek lanjutkan bacaan dengan laungan kuat tidak lama pokok di belakang jendela maksu seakan digocang-goncang. Rupanya puntianak tu dah keluar. Suara puntianak menggilai terbang semakin menjauh.. Keesokkan paginya..maksu pun pulih sepenuhnya.apa yang maksu ingat dia hanya memungut buah mangga yang jatuh dan masa tu banyak sangat buah bagus-bagus.. tiba-tiba dia tak ingat dah.datuk dan pakcik-pakcik ku pergi tebang pokok mangga lama di belakang kebun tu.takut akan menjadi tempat tinggl mahluk berkenaan. Dua hari kemudian nenek buat kenduri tolak bala...
Tidak ada komentar:
Posting Komentar
Catatan: Hanya anggota dari blog ini yang dapat mengirim komentar.